SENI sulaman nyonya sering menghiasi kebaya yang menjadi pakaian wanita keturunan Baba dan Nyonya. Malah, seni sulaman nyonya itu juga menjadi antara pengisian keharmonian budaya Malaysia yang kaya dengan pelbagai etnik dan kaum. Tiada siapa menyangka, jauh di sebalik keharmonian suasana kampung yang dikelilingi sawah padi di Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang ada seorang wanita Melayu yang menguasai seni sulaman nyonya. Minat Khairiyah Ghazali, 45, tertumpah pada seni sulaman itu…









