Keberkesanan vaksin denggi

Keberkesanan vaksin denggi

GOH (kiri) dan Zulkifli pada pelancaran vaksin denggi keluaran Takeda, syarikat biofarmaseutikal berpangkalan di Jepun, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNTIKAN dua dos vaksin denggi dengan jarak tiga bulan, boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia empat tahun sehingga dewasa berusia 60 tahun untuk perlindungan selama 4.5 tahun.  

Takeda mendedahkan, ujian klinikal vaksin berkesan mencegah 80.2 peratus daripada kes denggi bergejala pada 12 bulan selepas vaksinasi. Ia turut mencegah 90.4 peratus kemasukan ke hospital selepas 18 bulan pemeriksaan susulan. 

Sepanjang data pemeriksaan selama 4.5 tahun (54 bulan), selepas pemberian vaksin, menunjukkan perlindungan berterusan secara keseluruhan dan diterima dengan baik.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Malaysia, setakat ini vaksin ini sudah diluluskan di lebih 30 negara termasuk Kesatuan Eropah, United Kingdom, Brazil, Argentina, Indonesia, Thailand dan Vietnam. 

Dr. Goh berkata, vaksin berkenaan direka daripada tulang belakang denggi serotaip 1,3 dan 4 menerusi kejuruteraan genetik, di mana semua serotaip digabungkan ke dalam vaksin berkenaan bagi menangani cabaran menentang denggi.

“Vaksin ini mengambil masa lama untuk dihasilkan membabitkan siri kajian pembangunan fasa satu, dua hingga tiga merangkumi lebih 28,000 subjek dari seluruh dunia.  

“Data penting membabitkan isu keselamatan dan keberkesanan vaksin, membolehkan ia diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia untuk kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas,” katanya.  

GOH CHOO BENG

Vaksin ini terbukti berkesan bukan saja daripada sudut ujian klinikal tetapi juga berdasarkan literatur dan laporan media.   

Ia turut menerima pra kelayakan daripada WHO menerusi pelancaran program awam vaksinasi denggi seluruh dunia.  

Negara Asia terbabit dalam pembangunan dan penyelidikan sepanjang fasa percubaan adalah Thailand, Filipina, Sri Lanka dan Singapura.  

“Perkara penting dalam percubaan ini adalah apakah kebimbangan orang ramai daripada sudut kesihatan dan impak denggi ke atas masyarakat. 

“Ini termasuk beban denggi di hospital di mana kadar keterukan perlu dibendung, seterusnya menyelamatkan pesakit daripada maut akibat komplikasinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini