Permata@pintar tarik pelajar antarabangsa

Permata@pintar tarik pelajar antarabangsa

MAJLIS pelancaran Program Permata@Pintar Antarabangsa oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG 13 tahun penubuhannya, Pusat Permata@ Pintar Negara (PPPN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menempa pelbagai kejayaan termasuk di arena antarabangsa.

Paling membanggakan apabila ramai pelajarnya diterima belajar ke universiti berprestij dunia seperti Oxbridge, Imperial College London dan University of Sydney seperti Vivien Ho yang merupakan penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) termuda di Oxford University.

Institusi berkenaan turut mengharumkan nama negara dalam kejohanan terkemuka di luar negara seperti olimpiad fizik dan matematik, diikuti robotik serta astronomi.

Pencapaian membanggakan itu mendorong UKM memperkenalkan Program Permata@Pintar Antarabangsa dengan kerjasama Mutiara International Grammar School (MIGS).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, inisiatif itu selaras misi mengembangkan pendidikan pintar dan berbakat yang komprehensif kepada pelajar antarabangsa.

“Pengajian pra universiti atau asasi antarabangsa ini dijangka dilaksanakan pada September depan.

“Bagi kohort pertama, pengambilan pelajar adalah seramai 300 orang, katanya selepas majlis pelancaran Program Permata@Pintar Antarabangsa oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Ada tiga program dirangka untuk golongan sasar iaitu asasi pintar, perkhemahan cuti sekolah dan sekolah pintar.

Antara pelajarnya kelak adalah dari negara China, Oman dan Qatar.

Mohd. Ekhwan berkata, proses saringan digunapakai adalah sama seperti model ujian UKM1 dan 2.

“UKM merupakan universiti pertama di negara ini yang meneroka potensi pelajar pintar dan berbakat dari luar negara.

“Menariknya, pelajar tempatan juga boleh mengikuti asasi antarabangsa itu bagi bergaul dengan rakan dari luar negara,” katanya.

Pelajar yang lulus dalam asasi berkenaan boleh menyambung pengajian ke lebih 2,000 institusi pengajian tinggi diiktiraf di seluruh dunia.

Dalam pada itu, beliau menambah, pelaksanaan program perkhemahan cuti sekolah dan sekolah pintar pula dijadualkan bermula pada Jun 2024 dan Februari 2025.

EMPAT NEGERI TERTINGGI KE KGPN

Mengikut rekod, pelajar paling ramai memasuki Kolej Genius@Pintar Negara (KGPN) UKM adalah dari Selangor, Terengganu, Johor dan Perak.

ANTARA produk inovasi yang dihasilkan pelajar KGPN dalam pameran ini.

Jumlah itu diperolehi berdasarkan permohonan tertinggi dalam kalangan anak-anak dari keempat- empat negeri itu.

UKM katanya, sentiasa menambah baik modul pengajaran Permata@Pintar bagi disesuaikan dengan keperluan semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×