Wanita kahwin lambat kurang subur

Wanita kahwin lambat kurang subur

Dr. Norazlin Rosli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI wanita berpendidikan dan bekerjaya dikatakan menjadi punca kepada kadar kesuburan yang semakin menurun pada hari ini.

Perubahan gaya hidup wanita yang lebih moden itu menyebabkan mereka mahu mengecapi kejayaan dalam karier dan kehidupan sekaligus memilih untuk lambat berkahwin dan merancang keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Sophea, Dr. Norazlin Rosli, situasi itu tanpa disedari sebenarnya mengganggu kadar kesuburan wanita sekaligus menyukarkan mereka mendapat zuriat.

Secara saintifiknya, kadar kesuburan seseorang menurun seiring dengan peningkatan umur.

Ini bermakna, semakin meningkat umur, kadar kesuburan juga akan menjadi semakin berkurang sekaligus mengurangkan peluang untuk hamil.

“Wanita dilahirkan dengan semua telur yang akan digunakan sepanjang hidup mereka. Maksudnya, telurtelur ini memang sudah ada sejak mereka lahir.

“Bila umur meningkat, usia telur pun meningkat. Jadi, telur yang tua kualitinya telah\ menurun,” katanya.

Baru-baru ini, perangkawan memaklumkan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) 2022 di Malaysia merekodkan paras terendah tahun lalu kepada 1.6 anak
bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun.

Jumlah itu merekodkan penyusutan berbanding 1.7 yang direkodkan pada tahun 2021.

GUNA KONTRASEPTIF

Tambah Dr. Norazlin, pengesanan pengurangan kadar kesuburan itu dibuat melalui bancian dijalankan melalui rumah ke rumah.

“Jadi, data yang didapati oleh pihak berwajib menunjukkan kadar anak bagi satu pasangan pada ketika ini hanyalah satu hingga tiga orang.

“Kalau kita lihat, ia berbeza dengan zaman mak-mak kita dahulu yang mempunyai anak ramai sekitar lima hingga enam orang bagi satu keluarga,” jelasnya.

Penyusutan ini turut berkait rapat dengan pengetahuan wanita dalam penggunaan kontraseptif atau perancang keluarga.

Wanita yang meniti arus pemodenan semakin cakna tentang penjagaan diri dan keluarga termasuk pengambilan ubat perancang untuk menjarakkan kelahiran.

Tambahan pula, terdapat banyak jenis ubat perancang keluarga yang ada di pasaran dan pusat perubatan pada ketika ini. Misalnya, pil
perancang, suntikan depo, penggunaan alat dalam rahim (ADR), implan dan juga kondom.

“Wanita sekarang kebanyakannya berpendidikan tinggi, jadi mereka berpengetahuan luas.

“Wanita tahu merancang keluarga. Dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ada, mereka boleh menjarakkan kehamilan,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya