Masyarakat perlu mula tanam sayur

Masyarakat perlu mula tanam sayur

TANAMAN vertikal teknik penanaman secara menegak yang sesuai untuk kawasan ruang yang terhad seperti komuniti rumah pangsa dan asrama sekolah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENINGKATAN barangan asas seperti makanan secara mendadak sejak kebelakangan ini menggusarkan ramai pihak.

Disebabkan itu, perlu adanya satu perubahan dalam kalangan masyarakat bagi menangani situasi ini.

Bukan sekadar menambahkan pendapatan dengan menambah pekerjaan, malah memanfaatkan ruangruang yang ada dengan aktiviti bermanfaat.

Misalnya berkebun. Berkebun menanam sayur-sayuran dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengurangkan perbelanjaan barangan dapur
memandangkan sayur adalah makanan keperluan harian.

Bagi mereka yang tinggal di bandar atau perumahan bertingkat, ia juga bukan lagi sesuatu yang mustahil dengan kehadiran pelbagai inovasi
teknik penanaman.

Antaranya, teknik penanaman vertikal yang diperkenalkan oleh sekumpulan tujuh orang Pensyarah Program Sains Tanaman melalui Projek
Pemindahan Ilmu Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ia dikongsikan kepada kepada pelajar-pelajar sekolah serta komuniti rumah flat melalui geran pemindahan ilmu (KTAGS).

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Dr. Ramisah Mohd. Shah berkata, tanaman vertikal adalah teknik penanaman secara menegak.

Ia sangat sesuai untuk kawasan ruang yang terhad seperti komuniti rumah pangsa dan asrama sekolah.

“Kebiasaannya tanaman ditanam dalam bekas yang tersusun secara menegak.

“Pelbagai pilihan yang terdapat dipasaran sama ada menggunakan pasu kecil ataupun batang paip yang telah dilubangkan.

“Media tanah campuran boleh dimasukkan kedalam bekas tanaman. Baja pula ada pilihan baja cecair seperti baja AB atau baja butiran NPK
dan bahan organik seperti tinja lembu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, selain kaedah vertikal, teknik tanaman hidroponik juga boleh diaplikasikan iaitu menggunakan air sebagai media tanaman.

Tanaman hidroponik pula hanya memerlukan bekas yang boleh diisi dengan air baja iaitu baja hidroponik atau baja AB.

Kaedah-Kaedah penanaman ini amat sesuai di kawasan perumahan bandar kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar dan kurang
penyelenggaraan.

SAYURAN SESUAI

Antara sayuran sesuai dengan kaedahkaedah berkenaan adalah sawi, kangkung, bayam dan salad.

Berikutan tanaman sayuran berkenaan tidak memerlukan ruang besar, mudah dijaga dan menjimatkan.

“Antara inisiatif lain yang dilakukan universiti berkenaan adalah membantu pembangunan komuniti melalui pemindahan dan asimilasi ilmu serta teknologi yang dihasilkan penyelidik.

“Misalnya seperti kursus penghasilan sabun dari minyak masak terpakai, projek ternakan Kelulut, Tanaman Cendawan Tiram, produk
hiliran berasaskan ikan, projek teknologi ternakan Ketam Nipah, Projek Teknologi dan Peralatan Perikanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya