Cabaran merakam kilat, ribut

Cabaran merakam kilat, ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERAKAM fenomena kilat atau ribut petir bukan kerja mudah.

Banyak persediaan perlu dilakukan sebelum jurufoto Specialist keluar merakam fenomena ini.

Fotografi kilat dan ribut merupakan bidang menggabungkan pengetahuan sains dan seni.

ABDUL KHABIR MOHAMED ALI

Baru-baru ini jurufoto profesional, Abdul Khabir Mohamed Ali menganjurkan Masterclass Storm & Lightning Photography, bertujuan melatih dan berkongsi pengetahuan berkaitan segmen berkenaan dengan disertai 20 peserta.

Ia turut bertujuan melahirkan jurufoto berpengetahuan tinggi, mahir dan faham risiko serta mematuhi SOP keselamatan yang telah dipelajari.

Abdul Khabir merupakan seorang jurufoto komersial, pengiklanan, korporat, industri dan landskap bandar raya yang berteraskan cuaca.

Pengalaman menjawat sebagai pengarah kreatif di beberapa agensi penjenamaan dan pengiklanan antarabangsa, membawanya meneroka ke pelbagai negara.

Beliau memiliki Pixel Brain Sdn. Bhd di Setapak, Kuala Lumpur dan bertindak sebagai pengarah kreatif.

Melibatkan diri dalam seni fotografi lebih dua dekad, beliau sentiasa mencari sudut pandang kreatif dengan perspektif segar, rasa ingin tahu yang mendalam, dan kesediaan menguji dan meneroka idea baharu.

Beliau berkongsi sedikit maklumat dan gambar-gambar berhubung kilat dan ribut.

PERSEDIAAN teliti perlu dilakukan sebelum jurufoto keluar merakam fenomena ini.

Kilat adalah fenomena semula jadi terbentuk oleh nyahcas elektrostatik melalui atmosfera antara dua kawasan bercas elektrik, sama ada di atmosfera atau di atas tanah.

Kilat biasa ialah kira-kira 300 juta volt dan kira-kira 30,000 amps.

Sebagai perbandingan, arus isi rumah ialah 120 volt dan 15 amps.

Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi mencairkan pasir silika.

Pengetahuan khusus berkaitan cuaca, fenomena kilat dan aspek keselamatan diperlukan ketika mencerap.

Ini kerana sifat fenomena ini yang sangat berbahaya dan berisiko tinggi.

Untuk pengetahuan lanjut berhubung genre ini, boleh berhubung di sosial media di https://www.facebook.com/abdulkhabir.mohamedali. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya