Ada masa kita kurang yakin dengan muka – Sharifah Rose

Ada masa kita kurang yakin dengan muka – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU daripada tiga rakyat Malaysia dikesan bergelut dengan isu keyakinan diri terutama dari segi penampilan mereka.

Rata-ratanya mahukan mata dan wajah yang menarik kerana kedua-dua elemen itu mempengaruhi keyakinan diri.

Penemuan itu hasil tinjauan yang dijalankan jenama suplemen terkemuka Australia untuk rambut, kulit dan kuku, Haircarebear baru-baru ini.

Sebagai pelakon dan personaliti media sosial, Sharifah Rose turut mengakui pernah melalui situasi sama.

Katanya, situasi itu adalah normal terutama bagi wanita yang berdepan perubahan hormon dan datang bulan selain kesibukan tugasan.
“Ada masanya kita semua pernah rasa kurang yakin dengan wajah sendiri, apatah lagi jika kurang rehat, diserang jerawat dan lain-lain.

“Bagi saya semua itu adalah normal kerana tidak semestinya muka kita perlu sempurna dan tiada cela setiap masa

“Paling penting, jangan terlalu stres memikirkan soal itu, sebaliknya cara jalan bagaimana untuk mengatasi jerawat dan sebagainya,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Haircarebear di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kongsi Sharifah Rose, seseorang juga perlu menambah baik rutin harian termasuk tidur awal, makan makanan sihat dan mengambil suplemen khusus.

Langkah itu bukan sahaja membantu dalam mengembalikan tenaga, malah memberi kesan kepada wajah dan kesihatan badan.

“Nasihat saya, jangan terlalu fokus kepada luaran iaitu muka sahaja, tetapi rawat secara dalaman dan ubah rutin atau gaya hidup.

“Berkenaan suplemen, saya bukan seorang yang rajin ambil pelbagai vitamin tetapi pilihan saya ialah yang bersifat on the go dan mudah dimakan,” katanya.

Sementara itu, pengasas Haircarebear, Jimmy Seervai percaya setiap individu memiliki keunikan tersendiri dan boleh bersinar dengan penampilan masing-masing.

Katanya, keyakinan diri belia Malaysia antara lain boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen bagi membentuk dalaman yang sihat di samping menyokong anak-anak muda lebih bertenaga.

Gummy halal, enak

Seervai yang merupakan finalis MasterChef Australia berkata, suplemen dalam bentuk gummy itu mula diperkenalkan pada 2018.

Ketika ini, ia sudah mendapat pengiktirafan halal dari negara berkenaan.

Katanya, gummy rendah dan tanpa gula itu berkesan dalam meningkatkan kecantikan dalaman serta kesihatan individu.

“Malah, rasanya juga enak dan bersifat mesra pengguna terutama bagi mereka yang tidak gemar atau menghadapi kesukaran untuk menelan pil,” katanya.

Haircarebear mempunyai lapan produk suplemen pelbagai perisa dengan setiap satunya diadun teliti bagi memberikan manfaat khusus kepada tubuh badan.

Produk itu ialah untuk rambut, kolagen, penghadaman, tidur lena, mengurangkan jerawat, meningkatkan metabolisme, mengurangkan tekanan dan merangsangkan kesihatan kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN