Tanam pokok beri di laman rumah

Tanam pokok beri di laman rumah

Buah-buahan yang subur di laman rumah Zaid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESTI ramai menyangka tumbuhan jenis beri hanya sesuai ditanam di kawasan beriklim sejuk sahaja kan?

Sebenarnya, buah yang kaya dengan kandungan antioksidan ini pun boleh ditanam di kawasan beriklim Khatulistiwa seperti negara ini.

Buktinya, seorang peniaga lauk-pauk dan aneka sambal, Zaid Azizy Yaakob, 54, berjaya menanam rimbunan pokok beri di laman rumahnya yang terletak di Semenyih,Selangor.

Antaranya raspberi, beri hitam, beri biru, mulberi dan strawberi serta anggur. Ujarnya, pada awalnya dia mula menanam raspberi sekitar tahun 2015 kerana begitu menggemari buah import berkenaan.

Namun, kerana harganya yang agak mahal, menjadikan dia terdetik untuk cuba menanam buah berkenaan dengan menggunakan biji benih.

“Saya tengok di tutorial penanaman pokok ini di internet nampak mudah sahaja, jadi saya mencuba.

“Saya rasa yakin sebab di negara jiran seperti Thailand mereka sangat maju dalam bidang pertanian sedangkan cuaca mereka lebih kurang
kita sahaja,” kongsi kepada Utusan Malaysia.

Zaid Azizy Yaakob

Mengakui agak sukar menjaga pokok jenis beri pada awalnya, namun berbekalkan kerajinan dan pengetahuan yang digali daripada internet memudahkan dirinya untuk menjaga kesuburan pokok.

“Proses penjagaan masa anak pokok umur bawah empat bulan perlu lebih teliti, air tak boleh lebih dan jangan terlalu panas terik .

“Jangan membaja berlebihan kerana boleh menyebabkan kematian anak pokok. Kalau sudah lepas umur empat bulan ke atas dah stabil, pokok dan okay.

“Cuma raspberi tidak perlu penyiraman yang banyak,” katanya.

MUDAH BERBUAH
Pokok berkenaan memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbuah. Semasa proses pertumbuhan, Zaidmenggunakan baja AB EC 500ke 1000 dan selepas empat bulan menggunakan pula baja subur 16 16 16.

Sebaik sahaja masuk usia lapan bulan, bertukarlah pula kepada baja pembuahan Novatec Premium dua minggu sekali.

“Hasilnya, pokok raspberi akan tumbuh merimbun sehingga tidak perlu lagi membeli buah berkenaan di pasaraya,” katanya.

Di pasaran, harga anak pokok berkenaan dijual antara RM60 ke 100 ikut saiz.

“Jika biji benih dalam RM10 dapat sekitar 10 ke 15 biji benih. Tawaran harga ini agak mahal kerana tempoh untuk dapat anak pokok yang stabil

agak lama dan rumit serta sensitif. “Biji benih akan bercambah dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

“Selepas itu, untuk proses membesar ambil masa sehingga tiga ke empat bulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya