Tidak gentar lawan komunis demi anak bangsa

Tidak gentar lawan komunis demi anak bangsa

SAZALI Shaari (kanan) menunjukkan PJPN kepada isteri, Noraini Zakaria pada Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menjejak dan bertugas ketika pengganas komunis berleluasa sekitar hujung tahun 80-an dan 90-an menjadi antara pengalaman sukar dilupakan oleh Sarjan Sazali Shaari, 59.

Berkongsi pengalaman itu, Sazali berkata, dia pernah ditugaskan di Unit Bekalan ketika berkhidmat di Kuala Tembeling, Pahang dan diberi tanggungjawab untuk menghantar bekalan makanan kepada anggota tentera dan Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) di Hulu Tembeling.

Katanya, tugas sebagai penghantar bekalan makanan tidak mudah apabila perlu menelusuri sungai untuk sampai ke destinasi dituju.

“Gerakan dan ancaman komunis masih ada pada awal 90-an. Tugas saya waktu itu untuk menghantar bekalan makanan ke Hulu Tembeling dengan menggunakan bot polis.

“Kebetulan, tersebar berita unit bekalan telah diserang di Kemubu, Kelantan sehingga ada yang cedera dan terbunuh dalam kejadian tersebut. Walaupun saya tidak terlibat secara langsung, sedikit sebanyak insiden itu berkait dengan tugas saya.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku kerana komunis ada di mana-mana. Tetapi apabila kita fikirkan masalah anak bangsa, kita tidak ada masa untuk rasa takut sebaliknya semakin bersemangat untuk berjuang demi generasi akan datang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Tambah Sazali, pengalaman lain yang tidak dapat dilupakannya adalah kejadian kem Unit Kawalan Kawasan (UKK) di Benta, Pahang diserang segerombolan komunis.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia baharu sahaja bertugas di Jerantut, Pahang sejurus tamat latihan pada Mac 1988.

“Serangan berlaku pada waktu malam dan keesokannya saya dan pasukan ditugaskan membuat penjejakan di sekitar Ulu Cheka. Sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan berhampiran.

“Walaupun kami gagal mengesan gerakan komunis tersebut namun ia merupakan pengalaman berharga buat saya yang baharu tamat latihan ketika itu,” ujarnya yang akan bersara pada Jun tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya