sindrom kejutan denggi

Sindrom kejutan denggi boleh bawa maut

Yong Junina (paling kanan) bersama wakil JKM, MamyPoko dan selebriti Mira Filzah pada pelancaran kempen #MamyPokoAgainstDengue di Petaling Jaya baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Demam, sakit kepala dan badan merupakan antara sindrom denggi yang biasa dialami. Kebiasaannya ia mengambil masa sekitar seminggu untuk sembuh.

Namun, bagi yang kurang bernasib baik berisiko mendapat sindrom kejutan denggi kesan daripada gigitan serangga berkenaan.

Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr. Yong Junina Fadzil berkata, kanak-kanak berumur 0 hingga 15 tahun merupakan golongan rentan kepada komplikasi berkenaan.

Sindrom kejutan denggi adalah komplikasi yang boleh berlaku kepada golongan rentan ini dengan kadar kematian sekitar 12 hingga 44 peratus.

“Bagaimanapun, peratusan itu boleh menjadi lebih rendah sekiranya rawatan intensif dan segera dilakukan,” katanya ditemui semasa Kempen #MamyPokoAgainstDengue di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Komplikasi diklasifikasikan sebagai tahap denggi paling teruk itu berlaku apabila tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Situasi itu berlaku apabila banyak cecair daripada salur darah keluar dan masuk ke dalam organ lain seperti paru-paru.

Dr. Yong berkata, hal itu boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan darah atau nadi. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kematian.

“Ada kes kematian disebabkan denggi dalam kalangan kanak-kanak dan bayi. Malah, bayi yang mendapat jangkitan denggi kali kedua biasanya lebih teruk berbanding yang pertama,” tambahnya.

Cegah denggi dengan serai
Dr. Yong yang juga pemilik Klinik Pakar Kanak-kanak Junina menjelaskan, ekstrak serai banyak dikaji dan ia terbukti menawarkan tahap perlindungan tertentu terhadap nyamuk Aedes.

Kini ia banyak digunakan dalam pelbagai rangkaian produk untuk menghalau nyamuk, termasuklah semburan, lilin, tampalan dan losyen.
Malah, turut diadunkan ke dalam lampin pakai buang bagi memberikan perlindungan kepada bayi dan kanak-kanak.

“Ada banyak produk di pasaran yang boleh digunakan untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk tetapi bukan semuanya sesuai terutamanya kepada bayi.

“Pilih produk berasaskan bahan semula jadi bagi mengelakkan alahan atau reaksi alergik pada kulit. Antara tanda alahan ialah timbul ruam dan kulit bertukar kemerahan,” jelasnya.

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, ibu bapa turut disaran mengambil langkah-langkah pencegahan menyeluruh melindungi keluarga mereka.

Ia termasuklah memakai baju berlengan panjang dan memastikan persekitaran di dalam mahu pun di luar rumah sentiasa bersih untuk menghapuskan ruang yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

EDAR 1,500 PEK LAMPIN
Sementara itu, Kempen #MamyPokoAgainstDengue dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengedarkan 1,500 pek MamyPoko ANTIMOS Pants kepada komuniti kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Johor.

Aktiviti gotong-royong untuk menghapuskan tapak pembiakan nyamuk turut diadakan di PPR terpilih antaranya PPR Seri Pahang, PPR Seri Pantai dan PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya