K-Clique gamatkan suasana Splash Carnival di Legoland

K-Clique gamatkan suasana Splash Carnival di Legoland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan rap meningkat naik, K-Clique bakal menggamatkan suasana Splash Carnival di taman tema air Legoland Malaysia Resort (Legoland), di Bandar Medini Iskandar Malaysia sempena Hari Malaysia, 16 September depan.

K-Clique adalah sebuah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah yang ditubuhkan sejak 2014. Dianggotai oleh seramai tujuh orang ahli iaitu MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Splash Carnival yang diadakan selama lima minggu berturut-turut bermula 19 Ogos lalu, turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti Ernie Zakri (19 Ogos), De Fam (26 Ogos), Naim Daniel dan Heerraa (2 September) serta Dayang Nurfaizah (9 September).

 

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim memaklumkan pihaknya menjanjikan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan seperti permainan air yang mendebarkan kepada semua peringkat umur serta menjadi destinasi percutian keluarga terbaik.

“Pengunjung berpeluang merasai pelbagai cabaran di taman tema air serta mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga.

“Selain persembahan artis secara live, pihak kami turut menyediakan aktiviti yang mesra keluarga dan permainan bertemakan air,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Splash Carnival diadakan pada setiap hari Sabtu yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti Lego Boat Race, Limbo Rock dan cabaran Hula Hoop, Aqua Zumba dan Just Dance Wavepool serta Aquatic Symphony.

Legoland merupakan taman tema yang sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu atau cuti umum, yang menampilkan segmen utama seperti taman tema, taman air, akuarium Sea Life Malaysia serta kemudahan penginapan di hotel berkonsepkan permainan lego.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya