Kematian Tunisha Sharma: Bekas kekasih ditahan polis - Utusan Malaysia

Kematian Tunisha Sharma: Bekas kekasih ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Bintang TV India, Sheezan Khan yang juga bekas kekasih pelakon, Tunisha Sharma yang ditemukan tidak bernyawa di set penggambaran siri lakonannya direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan.

Polis berkata, pasangan itu bertemu di set penggambaran siri televisyen, Ali Baba: Dastaan E-Kabul di Ladakh, lima bulan lalu dan sejak itu, mereka mula rapat dan menjalin hubungan cinta.

Khan, 28, ditahan sehingga 28 Disember ini, susulan laporan dibuat ibu pelakon berusia 20 tahun itu yang ditemukan mati di bilik air ketika menjalani penggambaran di Vasai, Palghar.

Polis dalam satu kenyataan berkata, Khan mengambil keputusan berpisah dengan Sharma disebabkan perbezaan agama, selain jarak usia lapan tahun yang menyukarkan mereka mendapat restu mendirikan rumah tangga.

“Khan memberitahu, meskipun sudah membawa haluan masing-masing, dia dan Sharma masih berkawan dan tetap bekerjasama,” kata seorang pegawai polis.

Sabtu lalu, selepas menyelesaikan babak lakonannya, Sharma dikatakan mengunci diri di bilik air di  sebuah set penggambaran. Selepas lama tidak muncul, pelakon gandingannya memecahkan pintu dan menemukan jasad Sharma sudah tidak bernyawa. Tiada sebarang nota ditemukan di lokasi kejadian, kata polis.

 

Jasadnya dibawa ke Hospital JJ di Naigaon, sekitar pukul 1.30 pagi semalam untuk bedah siasat. Setakat ini, polis telah mengambil kenyataan daripada 14 individu.

“Jurusoleknya memberitahu, Sharma menjalani penggambaran babak membabitkannya pada hari tersebut tanpa sebarang masalah.

“Kami telah menghantar telefon Sharma untuk analisis forensik bagi menyiasat dengan siapa dia bercakap atau bermesej sebelum membuat keputusan ekstrem itu,” kata Pegawai Kanan Polis, Balai Polis Waliv, Kailas Barve.
Sementara itu, peguam Khan, Sharad Rai berkata, polis memerlukan masa untuk mengumpul bukti.
“Apa juga yang terjadi, polis dan mahkamah sedang menyiasat semua bukti.  Dia juga telah dihadapkan ke mahkamah. Segala tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas,” katanya.

 

Sharma memulakan kerjaya lakonannya menerusi siri TV, Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap dan turut membintangi filem Bollywood seperti Fitoor, Baar Baar Dekho, Kahaani 2 dan Dabangg 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya