Zamani dibenar pulang ke rumah - Isteri - Utusan Malaysia

Zamani dibenar pulang ke rumah – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari menerima rawatan susulan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung, penyanyi yang juga vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 51, dibenarkan pulang ke rumah, petang ini.

Perkara itu dikongsi isterinya, Juliana Abd Rani dalam mesej ringkas kepada Utusan Malaysia, sambil memaklumkan, keadaan kesihatan suaminya juga bertambah baik.

“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital, petang ini. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor yang merawat, pasukan yang bertungkus lumus melakukan operasi pembedahan dan semua kakitangan Pusat Perubatan Sunway Velocity.

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang dia menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga berterima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), peminat, media dan mereka yang menyumbang dana untuk pembedahan Zamani. Segala budi baik dan doa semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,”katanya.

Juliana sebelum ini memaklumkan, Zamani dalam keadaan baik selepas 48 jam berada dalam pemantauan pihak hospital setelah melalui prosedur pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis selama tujuh jam, Isnin lalu.

Susulan itu, kata Juliana, Zamani dinasihatkan doktor supaya berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dan dapat berjalan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya