Rupa perlu tapi bakat lebih penting - Yusry Abd. Halim - Utusan Malaysia

Rupa perlu tapi bakat lebih penting – Yusry Abd. Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abd. Halim berpendapat, rupa dan bakat, terutama untuk pemegang watak utama memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah naskhah berjaya serta diterima ramai.

Namun jelas Yusry, itu bukan bermakna pemilihan pelakon untuk menggalas peranan utama hanya bergantung kepada rupa semata-mata.

Pemilihan itu katanya, turut mengambil kira pelbagai faktor lain seperti permintaan penerbit dan kehendak skrip yang menuntut kriteria tertentu dalam diri pelakon untuk menjayakan sesuatu watak atau karakter.

“Pelakon utama perlu ada pakej lengkap. Kita tidak boleh menipu. Tetapi, tidak semestinya hanya rupa kacak dan cantik semata- mata kerana kita perlu mengikut kehendak skrip serta tuntutan watak.

“Selagi kita menyajikan realiti kehidupan dan jalan cerita yang dekat dengan penonton, pemilihan pelakon perlu mengikut kriteria ditetapkan. Rupa sahaja tanpa bakat tidak akan berhasil.

“Rupa perlu tetapi bakat lebih penting. Penonton juga sudah bijak menilai. Mereka mahu meraikan bakat, bukan sekadar rupa,” katanya.

Suami kepada pelakon hebat, Datin Lisa Surihani itu menambah, lambakan pelakon turut menyukarkan khalayak untuk melihat karisma dan aura bakat pelapis yang akan meneruskan legasi bintang terdahulu.

“Saya rasa lambakan pelakon sebenarnya turut menyumbang kepada persepsi sukar untuk mencari seorang bintang. Dulu, kita dapat melihat ramai pelakon diangkat sebagai ‘hero Malaya’ mengikut era.

“Sekarang, pencarian itu agak sukar kerana lambakan pelakon menyebabkan star value itu harus dikongsi dengan semua.

“Tambahan pula, sekarang kita ada pelbagai platform untuk memperkenalkan diri. Ia bergantung bagaimana seseorang pelakon itu membawa diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya