Kalau tidak mampu, lebih baik tolak - Hafizul Kamal - Utusan Malaysia

Kalau tidak mampu, lebih baik tolak – Hafizul Kamal

HAFIZUL berharap penerbit lebih peka tentang keselamatan pekerja produksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hafizul Kamal menasihatkan kepada mana-mana pelakon baru agar tidak sewenang-wenangnya bersetuju sekiranya diminta melakukan babak ngeri dalam sesebuah produksi.

Hafizul yang pernah membintangi filem Paskal berkata, tindakan itu adalah untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti kecederaan berlaku kepada pelakon berkenaan.

“Ada baik dan buruknya, namun keputusan itu berbalik kepada pelakon itu sendiri. Mereka boleh pilih untuk menolak kalau babak yang dilakonkan itu membahayakan diri.

“Pastikan juga segala perkara berkaitan aspek keselamatan dititikberatkan. Paling penting, perlindungan insurans. Jangan nanti kalau perkara buruk berlaku, semua pihak lepas tangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas isu pelakon dipaksa pengarah atau penerbit melakukan aksi bahaya ketika di set penggambaran, Hafizul berkata, pihak produksi perlu lebih peka, terutama dalam menyediakan perlindungan insurans untuk semua kru yang terbabit.

“Saya harap perkara ini diberi perhatian. Pelakon juga ada kala berdepan risiko keselamatan di tempat kerja.

“Kalau syarikat produksi tidak sediakan (insurans), keselamatan pekerja filem atau drama seperti diperjudikan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya