Ubah wajah sebab jatuh, bukan untuk tampan - Zac Efron - Utusan Malaysia

Ubah wajah sebab jatuh, bukan untuk tampan – Zac Efron

ZAC Efron.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon popular, Zac Efron menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia menjalani pembedahan plastik untuk tampil lebih kacak seperti tular, baru-baru ini.

Jelas pelakon Bay Watch itu, dia sebenarnya menjalani pembedahan selepas terjatuh di rumahnya sekitar 2013 dan menyebabkan dagu serta rahangnya patah.

“Saya dituduh kononnya menjalani pembedahan plastik untuk mengubah struktur wajah menjadi lebih tampan. Tetapi sebenarnya, pembedahan itu ekoran insiden saya terjatuh di rumah pada 2013.

“Dagu dan rahang saya patah. Disebabkan itu, saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula struktur wajah yang terkesan. Tetapi, lain pula dakwaan yang timbul,” katanya.

Zac berkata demikian dalam satu wawancara bersama Entertainment Tonight selepas segelintir peminat terkejut dengan perubahan wajahnya yang ketara ketika menghadiri satu majlis hiburan, baru-baru ini.

Katanya lagi, dia tidak tahu perkara itu tular sehingga dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

“Saya jarang mengikuti berita di internet, jadi saya tidak tahu langsung tentang dakwaan itu sehingga ibu saya memaklumkannya.

“Saya bagaimanapun, bersyukur kerana kemalangan itu tidak meragut nyawa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya