Saya ubah cara pemakaian bukan untuk nampak baik - Mia Ahmad - Utusan Malaysia

Saya ubah cara pemakaian bukan untuk nampak baik – Mia Ahmad

MIA hanya mahu mencari keredaan Ilahi, bukan pengiktirafan manusia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mia Ahmad tidak mengambil peduli seandainya cara pemakaiannya sekarang, terutama apabila bertudung labuh dilabel sebagai tidak moden dan berimej makcik.

Jelasnya, dia mengubah cara pemakaian yang lebih tertutup adalah kerana Allah dan bukan semata-mata untuk nampak baik.

“Ada orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden, malah ada yang mengatakan saya takkan istiqamah. Ada juga yang cakap, suami tidak akan menyokong imej saya sekarang.

“Saya kuatkan hati sebab tahu, ini adalah yang terbaik. Demi Allah, saya tahu bukan orang baik tetapi saya ubah cara pemakaian untuk ke arah yang lebih baik. Bukan untuk nampak baik,” katanya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.

Dalam pada itu, Mia turut memohon doa daripada peminatnya untuk dia terus istiqamah dalam usaha menjadi manusia yang lebih baik.

“Alhamdulillah, banyak benda yang baik-baik datang jika kita berusaha. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.

“Semoga Allah memberi hidayah yang berpanjangan buat kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya