Kerjasama dengan Sharnaaz? Shila sedia pertimbang - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan Sharnaaz? Shila sedia pertimbang

SHILA sedia petimbang sekiranya ada tawaran untuk bekerjasama dengan Sharnaaz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah  akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang menawarkan peluang untuk dia bekerjasama dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Kata Shila, dia perlu menilai tawaran yang diberikan kerana tidak mahu kisah lama mereka digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Saya tidak mahu menjayakan sesuatu naskhah semata-mata untuk menghidupkan perkara yang sudah tidak ada.

“Jadi, ia bergantung kepada projek atau naskhah tersebut, adakah berbaloi atau tidak untuk saya terima. Sekiranya ada yang memberikan tawaran, saya sedia pertimbangkan.

“Saya cuma tidak mahu orang mengada-adakan cerita tentang hubungan yang sudah lama mati atau menggunakan situasi itu untuk kepentingan mereka,” katanya.

Shila dan Sharnaaz pernah menjalin hubungan cinta antara tahun 2012 hingga 2013. Namun, percintaan mereka putus di pertengahan jalan.

Shila pada masa sama, turut memaklumkan, dia tidak terkesan dengan kehadiran Sharnaaz pada konsert kedua GV9, Ahad lalu.

“Saya tidak boleh salahkan orang kalau mereka masih ingat kisah lama kami.  Saya juga tidak  perlu minta mereka lupakan tentang perkara itu.

“Usikan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom bagi saya, tidak menimbulkan rasa kurang selesa. Saya okey saja,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya