Kalaulah jadi ibu senang, sudah lama ada anak sepuluh - Elfira Loy - Utusan Malaysia

Kalaulah jadi ibu senang, sudah lama ada anak sepuluh – Elfira Loy

ELFIRA bersama anak keduanya, Nur Aria Mikayla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Elfira Loy, 28, mengakui, bukan mudah untuk seseorang wanita melalui proses kehamilan dan melahirkan anak, malah ada yang berdepan peperangan mental untuk  kembali mendapatkan bentuk tubuh asal selepas bergelar ibu.

Menurut Elfira, dia bersyukur ramai yang memuji dua cahaya matanya yang comel, namun belum memikirkan perancangan untuk menambah lagi zuriat.

“Kalau beranak ini macam mesin fotostat, sudah lama beranak sepuluh. Tetapi itulah, bukan senang mengandung, bersalin dan membesarkan bayi.

“Untuk anak ketiga, kalau boleh lagi empat tahun baru saya fikirkan. Tidak nampak ke mommy beriya-iya mahu kurus balik?,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, Elfira mencuri perhatian warganet di media sosial menerusi perkongsian wajah anak-anaknya di media sosial.

Memuat naik gambar anak keduanya, Nur Aria Mikayla sempena memasuki empat bulan, pelakon itu turut berkongsi perkembangan tumbesaran bayinya yang kini sudah pandai merajuk sekiranya tidak didukung.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.