Kalau dah nampak, takkan nak sembunyikan Bilal - Neelofa - Utusan Malaysia

Kalau dah nampak, takkan nak sembunyikan Bilal – Neelofa

SAMPAI masa Neelofa akan mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan berpengaruh, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, akur tidak selamanya dia akan ‘menyembunyikan’ wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris daripada tatapan umum.

Namun, kata Neelofa, dia lebih selesa untuk berkongsi wajah anak lelakinya yang kini berusia lapan bulan itu apabila tiba masanya dan bukan dalam keadaan dipaksa-paksa.

“Bilal sudah boleh merangkak dan tidak lama lagi akan berjalan. Pada waktu itu, saya dan Haris pasti akan membawanya bersiar-siar di taman atau bercuti.

“Tiada sebab untuk saya sekat orang daripada melihat wajah Bilal apabila terserempak. Cuma, saya harap keadaan itu berlaku secara semulajadi.

“Saya tidak akan halang mereka yang ingin melihatnya apabila kami di luar. Nama pun di kawasan umum, sudah tentu ramai orang yang akan kami jumpa,” katanya.

Neelofa yang ditemui Utusan Malaysia pada majlis pelancaran produk terbarunya, Nilofa Plus Drintox Pineapple Juice, petang tadi berkata, sebagai ibu bapa, dia dan Haris akan memastikan keadaan terkawal untuk keselesaan Bilal.

“Kami akan memastikan keadaan terkawal dan masa bersesuaian jika ada yang mahu melihat atau bergambar.

“Apa yang saya harapkan, mereka menghormati privasi kami sekeluarga. Saya tidak akan sembunyikan Bilal bila orang ternampak.

“Setakat ini, saya bersyukur kerana peminat menghormati ruang privasi kami,” katanya.

Neelofa juga akur apabila segelintir netizen membuat jenaka tentang tindakannya menutup wajah Bilal setiap kali membuat perkongsian di media sosial.

“Nak buat macam mana, orang Malaysia memang kreatif. Tetapi, di sebalik jenaka itu, saya percaya mesti terselit doa buat Bilal.

“Alang-alang mereka sudah ambil tahu pasal Bilal, tiada salahnya jika mereka turut mendoakan kesejahteraannya,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada 27 Mac 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya