Imej seksi Dolla: Biar pengurusan yang jawab - Saboronzo - Utusan Malaysia

Imej seksi Dolla: Biar pengurusan yang jawab – Saboronzo

SABRONZO kembali menjadi sasaran kecaman netizen gara-gara penampilan seksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Dolla menyerahkan kepada pihak pengurusan mereka, Universal Music untuk memberikan kenyataan berhubung imej seksi ketika membuat persembahan pada acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Anggota kumpulan itu, Sabronzo berkata, mereka dimaklumkan pihak pengurusan akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu, sekali gus menjawab persoalan mengenai isu yang tercetus.

“Saya minta maaf kerana kami tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, buat masa ini. Pihak pengurusan yang akan berbuat demikian.

“Sebagai artis, saya hormat keputusan pihak pengurusan. Lagipun, kami hanya artis dan apa juga keputusan, kami serahkan kepada pihak pengurusan.

“Kami hanya mengikut segala perancangan yang disusun syarikat pengurusan. Tanggungjawab kami hanya buat persembahan dan menyanyi,” katanya.

Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya pada acara hiburan tersebut mengundang kecaman netizen.

Malah, ada yang membandingkan gaya pakaian Dolla dengan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL dari Korea Selatan yang turut menjayakan persembahan di lokasi sama.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik gara-gara beraksi keterlaluan ketika menari tarian ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya