Fikry impi watak pejuang negara - Utusan Malaysia

Fikry impi watak pejuang negara

FIKRY berharap diberi kepercayaan untuk beraksi dalam naskhah epik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 28, memberitahu, dia sudah lama mendambakan watak seorang pahlawan dan berharap impiannya itu nanti akan terlaksana.

Menurut Fikry, dia sememangnya berminat untuk beraksi dalam filem biografi atau epik kerana meminati subjek Sejarah sejak di bangku persekolahan lagi.

“Sudah tentu jika ditawarkan watak  pahlawan, saya akan cuba membawakannya dengan baik walaupun tidak mudah. Saya sebenarnya sukakan naskhah atau watak berteraskan sejarah kerana memang suka subjek ini.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip, sejarah akan sentiasa berulang kalau tidak dijaga. Seharusnya setiap daripada kita kena ada sifat ingin tahu tentang sejarah.

“Kalau tidak faham dan tidak ada sifat cintakan sejarah, bagaimana kita akan memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik?,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Pelakon kelahiran Jitra, Kedah ini berkata, dia tentu akan terharu dan bangga andai ada produksi melihat kredibilitinya untuk membawakan watak  pahlawan negara.

“Saya kagum dengan Datuk Adi Putra yang  begitu menyerlah menerusi wataknya sebagai Mat Kilau dalam filem arahan Syamsul Yusof.

“Terus-terang, saya tumpang bangga kerana dia dan seluruh produksi filem itu berupaya melonjakkan semangat kepahlawanan dan keMelayuan hingga menusuk ke jiwa penonton.

“Kalau saya dapat watak seperti itu, saya akan mencuba yang terbaik demi memberi kepuasan kepada penonton. Saya mahu bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan tanah air,” katanya.

Fikry berkata, sebagai artis, dia juga mencuba memainkan peranan dengan menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi serba sedikit tentang sejarah.

Katanya, ia sebagai usaha menyuntik nilai pengetahuan kepada pengikut dan peminatnya.

“Saya akan muatkan sedikit maklumat tentang sejarah dalam perkongsian di media sosial. Saya lihat ia sebagai pendekatan yang baik kerana pengikut, terutama generasi muda memberi respons positif apabila saya berkongsi tentang sejarah.

“Mereka  juga mahukan bahan ilmiah, selain hiburan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya