BERBAKI sembilan hari sahaja lagi, Mas Idayu bakal melangkah ke alam perkahwinan bersama jejaka pilihan yang juga penerbit program televisyen, Sufian Isa yang akan berlangsung 16 September ini. Tentunya, perasaan penyanyi dangdut kesayangan ramai ini kini bercampur aduk memikirkan langkah baharu yang bakal diterokainya nanti. Kata penyanyi lagu Cintaku 100 % itu, dia tidak pernah merasai debaran seperti yang dirasakannya sekarang dan berharap majlis pernikahan serta persandingannya nanti berjalan lancar.…










