11 hari tayangan, Abang Long Fadil 3 raih RM18 juta - Utusan Malaysia

11 hari tayangan, Abang Long Fadil 3 raih RM18 juta

ABANG Long Fadil 3 mendapat sambutan hangat di pawagam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Abang Long Fadil 3 berjaya meraih kutipan RM18 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Penerbit yang juga Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dalam kenyataan dikongsikan kepada Utusan Malaysia berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian filem itu yang berjaya meraih kutipan tinggi dalam tempoh singkat.

“Alhamdulillah, atas sambutan yang memberangsangkan ini. Tinjauan kami di sosial media dan siri jelajah Abang Long Fadil 3, baru-baru ini mendapati, rata-rata yang menonton filem ini adalah mereka yang berkeluarga.

“Saya dan rakan penerbit Astro Shaw, berterima kasih kepada mereka yang menyokong filem ini,” katanya.

Filem komedi aksi arahan Syafiq Yusof itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Maya Karin, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Kutipan terkini filem itu sekali gus bakal meleburkan rekod pernah dicatat Abang Long Fadil 2 yang meraih jumlah kutipan RM18.4 juta. Filem pertama, Abang Long Fadil  pula mendapat RM4.5 juta.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya