Tak perlu tegakkan benang yang basah - Erma Fatima - Utusan Malaysia

Tak perlu tegakkan benang yang basah – Erma Fatima

ERMA Fatima dan Zul Ariffin dikecam netizen gara-gara babak panas dalam drama Perempuan Itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Erma Fatima enggan mengambil pusing dengan tindakan segelintir netizen yang masih mengecamnya gara-gara babak panas dalam drama terbaru terbitannya, Perempuan Itu tular, Mac lalu.

Kata Erma, buat masa ini dia tidak perlu tampil mempertahankan atau menjelaskan apa-apa berkenaan isu terbabit, sebaliknya menyerahkan kepada netizen untuk membuat penilaian sendiri apabila drama itu ditayangkan nanti.

“Buat masa ini, saya tidak perlu mempertahankan apa-apa. Biarlah orang tengok dulu dan terserah kepada mereka untuk menilai.

“Netizen sekarang akan tetap dan masih bercakap tentang apa yang mereka lihat. Kalau bersuara, saya ibarat menegakkan benang yang basah.

“Jadi, biarlah mereka menghukum dan menilainya nanti. Nak kutuk atau apa, terserah kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Erma, dan dua pelakon drama tersebut iaitu Zul Ariffin serta Siti Hariesa teruk dikecam selepas video teaser berunsur seksual membabitkan drama berkenaan tular di media sosial.

Menjawab tentang tarikh penayangan drama itu, Erma memaklumkan, dia belum mendapat kepastian mengenai perkara itu memandangkan ia masih dalam proses suntingan.

“Drama itu tetap akan dikeluarkan tahun ini, insya-Allah. Tidak ada isu pun untuk ia ditayangkan.

“Saya tidak dapat pastikan bila kerana belum ada tarikh khusus. Insya-Allah, dalam tahun ini juga ditayangkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya