Whatsapp tambah baik tetapan privasi

Whatsapp tambah baik tetapan privasi

Ciri baharu lebih peribadi dan memberi lebih pilihan kepada pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aplikasi sembang, Whatsapp menambah baik tetapan privasi dengan menyediakan lebih banyak pilihan perkongsian untuk profil, kali terakhir dilihat (last seen) dan juga perihal.

Ciri baharu itu diumumkan melalui laman Twitter minggu lalu.

“Bagi terus melindungi privasi dalam talian, kami memperkenalkan pilihan baharu untuk tetapan kawalan privasi.

“Anda boleh memilih siapa daripada kalangan rakan yang boleh melihat gambar profil, perihal dan kali terakhir dilihat,” katanya.

Semakan di halaman tetapan aplikasi itu mendapati perkongsian ketiga-tiga ciri itu boleh ditetapkan kepada terbuka untuk semua, rakan atau tidak boleh dilihat langsung oleh sesiapa.

Ia juga mempunyai fungsi untuk membolehkan pengguna berkongsi dengan beberapa kenalan terpilih sahaja.

Melalui naik taraf itu, pengguna dapat menggunakan Whatsapp dengan lebih selamat dengan hanya memberikan akses kepada kenalan terpilih sahaja untuk melihat gambar profil, kali terakhir dilihat serta status yang dimuatnaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya