Setelah sekian lama menyepi dari pasaran Malaysia, jenama telefon pintar Oneplus kembali melancarkan peranti kelas pertengahannya, OnePlus Nord 2T dan peranti Nord CE 2 Lite.
OnePlus Nord 2T didatangkan dengan skrin Amoled bersaiz 6.43 inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, HDR10+ serta menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.
Cip pemprosesan digunakan adalah MediaTek Dimensity 1300 dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X, dan storan sehingga 256GB UFS 3.1. yang dilihat agak memuaskan.
Selain itu, spesifikasi kamera pula dilengkapi konfigurasi tri-kamera daripada gabungan sensor 50MP Sony IMX766 f/1.8 OIS + sudut ultra lebar 8MP dan sensor mono 2MP.
Kamera swafoto pula adalah daripada sensor 32MP Sony IMX615 yang cukup sesuai untuk penggemar swafoto selain kapasiti bateri yang dibekalkan adalah 4500mAh.
Bagi Nord CE 2 Lite pula, ia hadir dengan skrin LCD FHD+ bersaiz 6.59-inci FHD+, menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz, dijana Snapdragon 695 5G dan dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR4X serta storan dalaman 128GB UFS 2.2.
Konfigurasi kamera turut terdiri daripada tri-kamera dengan gabungan sensor 64MP + 2MP + 2MP. Kamera swafoto pula menggunakan sensor 16MP Sony IMX471.
Nord CE 2 Lite menjalankan sistem operasi Oxygen OS 12.1 berasaskan Android 12 dengan kapasiti bateri 5000mAh.
Peranti asas itu juga tidak didatangkan dengan butang kawalan nada dering ikonik Alert Slider namun pengimbas cap jari sedia terbina pada sisi peranti.
OnePlus Nord 2T ditawarkan pada harga bermula RM1,899 manakala Nord CE 2 Lite RM1,199.










