Saya tak mahu menyesal - Fikry Ibrahim ulang alik jaga ibu di kampung

Saya tak mahu menyesal – Fikry Ibrahim ulang alik jaga ibu di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Satu hari nanti dia tak ada, hasil pendapatan saya sia-sia, tak bermakna” tumpah air mata pelakon, Fikry Ibrahim, 28, saat menceritakan keadaan ibunya, Bibi Zaleha, 74, yang sebelum ini pernah diserang strok.

Katanya, disebabkan itu, dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai anak dan sanggup berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur (KL) untuk menjaga ibunya di kampung.

“Memang penat. Berulang alik. Sampai KL malam hari, esok sudah bekerja. Rasa nak pengsan pun ada.

“Tapi dia mak saya. Yang besarkan saya dari kecil. Tak kan nak cari duit sahaja dan biarkan dia.

“Kalau orang tanya, duit tak boleh beli kebahagiaan, saya percaya,” katanya.

Fikry berkata demikian usai majlis sidang media Dewi Remaja 2022 bertempat di kompleks beli belah One Utama, dekat sini semalam.

Kongsinya, ibunya sudah menderita penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

Tambahnya lagi, lebih mencemaskan apabila satu ketika ibunya terlupa akan namanya.

“Sepanjang hidup saya, mak tak pernah lupa nama saya. Saya tak mahu benda yang sama jadi kepadanya lagi.

“Sekarang saya kurang aktiviti di media sosial. Banyak bahagi masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya. Saya tak mahu menyesal satu hari nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu memberitahu dia tidak kisah untuk berulang alik ke kampung demi menjaga ibunya yang sakit.

“Bila cuti saya terus balik ke kampung. Tumpuan pada bisnes juga terpaksa saya bahagikan.

“Saya percaya rezeki Allah luas. Walaupun bercuti, tak ada kerja. Tapi berkat jaga mak, rezeki tak putus. Alhamdulillah, tetap ada (rezeki).

“Ibu ada hajat, tetapi bukan nak tengok saya kahwin. Maaf saya tak boleh kongsikan. Saya tengah usahakan. insya-Allah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN