Dia datang set, tapi watak sendiri pun tak tahu - Erma Fatima - Utusan Malaysia

Dia datang set, tapi watak sendiri pun tak tahu – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, ‘rezeki’ adalah punca seseorang pelakon itu masih diberikan watak stereotaip.

Kata pelakon drama popular Mok Cun ini, dia juga menganggap segelintir pelakon mengambil sahaja watak yang sama kerana itulah punca rezeki mereka.

“Ia bukan masalah memilih sebenarnya. Mungkin itu rezeki dia dekat situ. Dia ditawarkan untuk melakonkan watak tersebut, maka dia pun terimalah. Bagi saya, orang nak hidup.

“Tetapi ada artis, dia bukan sahaja untuk hidup. Lakonan itu adalah jiwanya juga. Maka dia lah antara mereka-mereka yang tidak akan mengambil ‘back to back’ berlakon kerana dia tahu itu watak yang sama. Jadi ia bergantung semula kepada apa yang kau nak dalam hidup,” katanya.

Erma turut menyatakan ada beberapa faktor juga segelintir anak wayang hanya membawa watak yang sama sahaja menerusi karya yang dilakonkan.

“Antara salah satu faktornya adalah kita kekurangan artis. Sebab itulah di semua stesen, itu sahajalah mukanya. Kedua, artis sekarang ini saya nampak tidak bersungguh lah dalam mempelbagai karakter mereka.

“Dan mereka juga tidak bersungguh untuk memperbaiki atau menambah baik diri mereka sebagai seorang pelakon yang hebat.

“Mereka juga berlakon mungkin hanya untuk wang sahaja,” katanya.

Selain itu, dia menegaskan artis itu sendiri harus memainkan peranan dalam mencorak diri sebagai pelakon yang versatil, bukan hanya mengikut sahaja telunjuk mereka yang di belakang tabir.

“Apa yang kau nak jadi adalah terletak di tangan kau, bukan di tangan industri, pengarah atau penulis skrip semata-mata.

“Jika hendak mewarnakan karakter, kau buat dia. Bukan hanya bergantung kepada pengarah yang nak beritahu apa yang kau nak lakukan.

“Kebanyakan artis seperti itu sekarang saya lihat. Dia datang ke set, dia sendiri tidak tahu apa karakternya. Main ‘belasah’ sahaja. Asal habis dan jadi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.