Urus pembentangan tesis atau Viva dengan baik - Utusan Malaysia

Urus pembentangan tesis atau Viva dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah (PHD) pasti berdepan dengan kebimbangan dalam menghasilkan program susulan selepas tesis iaitu Viva dalam usaha menamatkan perjalanan berliku pencarian ilmu.

Malah, setiap daripada mereka yang berada di fasa itu, tentu bersetuju bahawa cabaran membentangkan Viva juga tidak mudah.

Hal ini diakui oleh pengasas program VIVAlicious Dr Rocket, Dr Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri yang tidak menolak bahawa pengajian peringkat sarjana mahupun doktor falsafah adalah sebuah perjalanan penuh tekanan danbiasanya tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti atau tajaan.

“Seharusnya, perjalanan dalam menggenggam ijazah idaman itu dianggap sebagai  sebuah kembara yang sangat indah. Ada kegembiraan dan ‘thrill’ sebenarnya. 

“Kebiasaannya mereka yang belajar peringkat terbabit selalu rasa sukar, mahu berhenti,tidak kurang juga ada yang diserang penyakit selain ada yang tidak disokong oleh orang terdekat.

“Bahkan rasa mereka sendirian atau keseorangan. Seakan tidak nampak hala tuju sebenar pengajian dan kajian mereka sendiri,”katanya.

Menurut Dr Mohd Khairul, situasi dan persepsi ini wajar ditukar kerana minda tidak seharusnya disogok dengan gambaran kerja yang negatif.

“Kami di Dr Roket cuba mendidik dan mewujudkan kesedaran, mereka ini sebenarnya ada ramai yang ‘senasib’.  

“Ramai pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian tepat waktu kerana gagal siapkan tesis dengan 1001 cabaran kehidupan dan akademik dan kami cuba membantu mereka menguruskannya dengan baik,” katanya.

Katanya lagi, pelajar di bawah program berkenaan dilatih untuk menjadi  pemandu kepada tesis mereka sendiri, bukan cuma ‘disuap’ dengan kemudahan.

“Ini pasti membantu penyelia yang menguruskan ramai pelajar seliaan. Antara cabaran mereka termasuklah faktor masa. Sedangkan faktor masa atau sibuk dengan urusan keluarga bukan halangan besar. 

“Mereka ini sebenarnya tidak mahir dalam pengurusan tesis dan pengajian. Itu yang kami cuba bantu,”katanya.

Dr khairul a.k.a Dr Roket bersama salah seorang pelajar dari University of Cambridge

Selain itu, kata Dr Mohd Khairul, pihaknya juga berbangga kerana jenama ini sudah membantu lebih 50,000 pelajar sarjana dan PhD menguruskan dan mengimbangi tesis dan kehidupan dengan lebih baik.

Malah, rata-rata mereka semakin jelas dalam menyasarkan matlamat dan hala tuju sebenar dalam menyambung pengajian di peringkat tersebut.

Ini kerana, jelas Dr Mohd Khairul, program yang dijalankan bukanlah bersifat motivasi semata-mata, sebaliknya ia bersifat holistik merangkumi aspek motivasi, spiritual, akademik, ilmu pengurusan tesis dan ilmu kelas teknikal yang diperlukan oleh pelajar sepanjang pengajian mereka. 

“Ilmu yang dikongsi ini turut membantu dan memudahkan urusan SV (Supervisor-penyelia), universiti, pihak tajaan malah KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) sendiri terhadap  pelajar seliaan dan tajaan mereka. 

“Tahap VIVAlicious ini boleh saya katakan kemuncak kepada program yang kami usahakan. Kami tawarkan pakej awal dengan Mudah Siap Tesis (MST).  Mereka yang menyertainya boleh masuk seminar atau kelas dalam talian secara percuma. Kempen terbaharu MST kita adakan pada 30 Julai depan.

“Seterusnya Nak Ubah Tesis (NUT), di mana peserta akan dibimbing dan diurus dengan  rapat oleh saya dan pasukan khususnya buat mereka yang sibuk, banyak komitmen dan berhadapan dengan cabaran mengurus antara pelajaran dan kehidupan.

“Boleh jadi samada mereka ini bekerja atau belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. NUT terbaharu kita adakan pada 26 hingga 28 Ogos depan,” katanya

Seterusnya, mereka yang ingin dibimbing secara holistik Dr Roket turut menawarkan program mentorship di dalam platinum program dalam tempoh setahun. 

Jaminan bagi mereka yang mengikuti program ini adalah tesis berkualiti boleh disiapkan kurang enam bulan dan ia akan berevolusi sehingga mereka mampu masuk ke bilik VIVA dengan ketenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya