Tiga bulan tahan sakit sehingga seperti sudah tiada harapan... - Ejai Azarra Band - Utusan Malaysia

Tiga bulan tahan sakit sehingga seperti sudah tiada harapan… – Ejai Azarra Band

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer dan vokalis kumpulan Azarra Band, Ejai Aziz, memaklumkan keadaan kesihatannya sudah pulih seperti sedia kala, selepas mengalami penyakit misteri pada tahun lalu.

Menurut Ejai, dia mendakwa, penyakit misteri berpunca daripada kehadiran makhluk halus tersebut sudah berada di dalam badannya sejak sekian lama.

Namun, kesakitan yang dialaminya itu mula dirasakan sekitar bulan Ogos pada tahun lalu sehingga dirinya seperti tiada harapan lagi untuk sembuh.

“Namun sekarang saya sudah beransur pulih. Bukan dengan kadar segera terus sihat tetapi perlukan kekuatan dalaman juga seperti mendekatkan diri dengan Allah.

“Sebenarnya, memang saya tiada harapan untuk sembuh apabila pelbagai rawatan sudah dilakukan. Malah, pergi ke hospital kerap kali melakukan X-ray. Doktor memberitahu memang tiada apa,” katanya ketika ditemu bual.

Mengulas lanjut, berat badannya juga susut kerana waktu tidur yang tidak mencukupi apabila mengalami kesakitan di bahagaian organ dalaman saat setiap kali menjelang tengah malam sehingga subuh.

Bagaimanapun, penyanyi lagu popular Jaga-Jaga itu menitipkan kesyukuran apabila dirinya kembali sihat selepas menjalani rawatan perubatan Islam.

“Sewaktu itu berat saya hanya 44 kilogram (kg) daripada 5kg. Tiga bulan saya tahan sakit kerana ‘dia’ nak merosakkan usus dalaman saya. Saya semakin sihat selepas empat bulan menjalani rawatan perubatan Islam bermula dari bulan sembilan, tahun lepas,” kongsinya lagi.

Tambahnya lagi, Ejai mengambil inisiatif untuk mengurangkan berkongsi kebahagiaan di media sosial, sebagai langkah lebih berhati-hati.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya kurangkan untuk berkongsi kebahagiaan saya kerana tidak mahu perkara berulang kembali. Saya cuma mahu berkongsi mengenai kerja dan rakan-rakan,” tuturnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya