Elfira Loy kongsi gambar bayinya yang comel

Elfira Loy kongsi gambar bayi perempuannya yang comel

elfira loy
Bayi perempuan Elfira Loy yang diberi nama Nur Aria Mikayla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy buat berkongsi gambar puterinya yang dilahirkan pada 20 Mei lalu kepada umum.

Elfira memuat gambar bayi yang dinamakan Nur Aria Mikayla itu di Instagramnya hari ini.

Dalam hantaran itu Elfira Loy melahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan anak kedua itu.

“Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki didunia dan diakhiratnya.

“Lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya.

Elfira berkahwin dengan Faris atau  Muhamad Faris Khairul Anuar pada Januari 2019.

Pasangan itu sebelum ini sudah dikurniakan anak lelaki yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.