Ello vokalis baru Dewa 19

Ello vokalis baru Dewa 19

ello
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi berbakat besar, Marcello Tahitoe, 39, atau Ello  dipilih sebagai vokalis baharu kumpulan gergasi, Dewa 19.

Menurut portal Hiburan Liputan6, perkara tersebut dimaklumkan penyanyi yang mesra disapa sebagai Ello itu di Instagramnya, semalam waktu tempatan.

Jelas Ello, dia tidak menyangka akan menjadi sebahagian keluarga kumpulan yang cukup terkenal di seluruh nusantara itu.

“Saya tidak pernah menyangka sedikit pun untuk dapat bersama dengan @officialdewa19. Dari dulu hanya mendengarkan dan mengidolakan karya-karya mereka.

“Namun akhirnya saya menerima kesempatan ini. Seperti mimpi rasanya. Saya tahu tidak akan pernah dapat menggantikan vokalis-vokalis terdahulunya,” tulisnya.

Vokalis kelahiran Jakarta ini bukan nama baru dalam industri muzik Indonesia.

Dia pernah pernah berduet dengan penyanyi Audy menerusi lagu Silang Hati dan melahirkan album pertama sekitar tahun 2005.

Dalam pada itu, dua lagu yang dinyanyikannya, Pergi Untuk Kembali dan Kisah Kita Telah Usai menjadi trending di Twitter beberapa jam setelah Ello mengumumkan penyertaannya bersama Dewa 19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya