Tuah pengarah muda, Kyle A. Halim

Tuah pengarah muda, Kyle A. Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Percaturannya untuk meninggalkan dunia perniagaan video grafik yang dibina sejak tiga tahun lalu untuk beralih arah pada bidang perfileman ternyata membuahkan hasil bagi pemuda bernama Kyle A. Halim, 28, ini.

Kini bergelar seorang pengarah muda, Kyle, dengan berbekalkan minat dan pengalaman menghasilkan enam buah filem pendek nekad memberanikan diri memohon Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada tahun 2019.

Siapa sangka, usaha itu menyaksikannya menuai kejayaan apabila kemudiannya membawa kepada perjalanan seninya pada hari ini.

“Selepas nekad menghentikan perniagaan video grafik pada 2018, saya mendapatkan nasihat daripada abang ipar yang juga anak kepada pemilik Sabah Filem, Datuk Deddy M Borhan.

“Perkara pertama yang ditanya, adakah saya sudah memiliki lesen Finas? Dia kemudiannya menasihatkan saya dapatkan lesen dan selepas itu baru dia cadangkan untuk memohon sesi pitching untuk DKD,” katanya.

Ingat telah gagal

Menurut Kyle yang juga graduan lulusan Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) Sabah, dia pada awalnya menyangka gagal mendapat DKD selepas proses pitching berakhir.

“Saya berjaya mendapatkan slot tersebut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan salah seorang panel penilainya adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Bagaimanapun selepas tujuh bulan, saya ingat telah gagal memandangkan masih tak mendapat sebarang khabar berita.

“Sehinggalah saya menerima panggilan untuk menghadiri program inkubator di bawah Finas pada November 2019 dan diletakkan di bawah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin selaku penerbit penyelia,” jelasnya yang layak menerima DKD berjumlah RM700,000 untuk menghasilkan filem.

Bercerita lagi, kata Kyle, Idham pada awalnya juga melahirkan rasa terkilan terhadap Klyle.

“Dia agak terkilan kerana saya tidak mempunyai pengalaman menghasilkan drama atau telefilem. Selain itu, saya juga masih muda tapi sudah memiliki lesen Finas atas nama sendiri.

“Siapa sangka saya adalah peserta paling muda apabila diundang menyertai program Inkubator. Antara peserta lain termasuklah Aida Aris dan Intan Ladyana,” katanya.

Justeru, berbekalkan dana yang diperoleh, pemilik syarikat produksi, Kotaki Studios Sdn Bhd itu menghasilkan filem bergenre seram thriller berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.

Naskhah yang diinspirasikan daripada filem Friday The 13th dan Tomb Raider itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan bermula proses pra produksi.

“Ketika proses pembikinan filem ini baru bermula, negara dilanda Covid-19 dan penggambaran yang awalnya dijadualkan berlangsung di Sabah terpaksa diubah.

“Hanya 20 peratus sahaja penggambaran dijalankan di Kundasang, manakala selebihnya saya lakukan di Melaka.

“Filem ini dihasilkan dengan mengambil masa selama 15 hari untuk menyelesaikan proses penggambaran. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya