Thalia Rasul sah bergelar isteri Syahmi Zakaria - Utusan Malaysia

Thalia Rasul sah bergelar isteri Syahmi Zakaria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Thalia Rasul sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Syahmi Zakaria.

Kedua mempelai yang berpakaian serba hitam diijabkabulkan sekitar pukul 12.20 tengah hari semalam di Masjid Arau, Perlis.

Thalia yang berkongsi khabar gembira itu di Instagram meluahkan rasa syukur atas perkahwinan tersebut.

“Terima kasih encik suami @syahmi_zakaria terima saya seadanya.

“Insya-Allah moga ini yang terakhir untuk kita berdua.

“Dan semoga pengalaman lepas yang kita lalui menjadi panduan untuk kita bentuk keluarga sakinah mawaddah warahmah yang kita impikan,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Thalia memberitahu bahawa anaknya, Keysha menerima baik kehadiran bapa baharu dalam hidupnya.

Jelas Thalia, suami dan anaknya saling menyayangi meskipun Syahmi seorang yang tegas dalam mendidik anak.

“Alhamdulillah, dia okay. Cuma dengan walid dia ini, dia diajar dalam ketegasan. Walid dia ini sudah dilatih jadi garang.

“Tapi dia orang saling menyayangi. Walid dia ni pun suka melawak, macam umi.

“Mohon jangan bezakan mana-mana pihak yang dahulu mahupun sekarang. Dua-duanya ada tempat istimewa di hati Keysha,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya