PETALING JAYA: Penyanyi, Ziana Zain membidas kenyataan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan kontroversi itu mendakwa adiknya yang juga penyanyi, Anuar Zain sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis. Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat dakwaan tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial. Dalam video tersebut, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat…










