Saya pegang prinsip arwah Loloq - Eddie Hamid - Utusan Malaysia

Saya pegang prinsip arwah Loloq – Eddie Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan seorang dua yang pernah mengata komposer dan penulis lirik ini di belakang. Kononnya, dia ini hadir dalam industri buat semak sahaja kerana lagu-lagu yang dihasilkan tidaklah bertaraf antarabangsa.

Kononnya, kebanyakan karya-karya yang dhasilkan sesuai untuk orang-orang kampungan sahaja. Aduhai…

Sebegitu rendahkah taraf dan integritinya sebagai seorang pencipta lagu sehinggakan tergamak orang melabelnya dengan sesuka hati.

Kalau betul orang tak boleh terima, masakan sehingga sekarang Eddie Hamid masih teguh berada dalam industri dan masih lagi mendapat permintaan hangat daripada artis-artis yang mahu sentuhan dan air tangannya dalam lagu.

Kebetulan bertemu dengan komposer ini baru-baru ini, Pancaindera bertanyakan perihal ini.

Nama masih ada dalam industri, apa formula yang digunakan oleh Eddie?
Saya tahu apa yang industri nak pada setiap tahun dan baru keluarkan lagu. Saya banyak kaji dengan apa yang Nova Music buat dan aplikasikan pada penghasilan karya saya. Kalau lagu cover, kita buat lagu cover. Contoh macam penyanyi Wany Hasrita, Tajul, Fieya Julia. Mereka ada buat lagu cover kerana pada waktu ini, pendengar suka.

Adakah Eddie sedar yang ada juga pihak melabel lagu dan karya-karya awak sebagai lagu kampung atau sampah. Sedangkan yang bercakap itu pun tak kemana dan ada juga yang dengar lagu sebegitu. Komen?
Hari ini, benda itu dah makan diri mereka. Kalau sebelum ini, kita ada Facebook dan Youtube, sekarang zaman dah berubah. Ada Tiktok pula. Saya banyak menerima salah faham daripada pendengar dan peminat bahkan rakan-rakan artis sendiri yang menyangkakan kebanyakan lagu-lagu di Tiktok itu adalah lagu saya. Sedangkan, itu lagu dari Indonesia.
Pendek kata, seluruh Asean boleh terima lagu-lagu yang kononnya macam karya saya itu. Lagu-lagu macam itu, tak mati. Yang kutuk-kutuk saya itu yang dah mati. Maksud saya, mati berkarya.

Betul ke sebelum ini ada kalangan komposer dan pemain industri menghentam Eddie?
Jujurnya saya pun pernah dihentam oleh jurutera bunyi, mastering dan komposer-komposer lain dalam industri. Lagu-lagu Eddie Hamid ini dikatakan tak menarik. Tapi sehingga kini, lihatlah, saya masih lagui berkarya, masih lagi hidup dan diterima ramai. Lagu-lagu artis baru dan BBNU pun saya buat dan mereka nak sentuhan karya saya. Royalti saya pun masih berjalan.

Pernah tak orang suruh Eddie berhenti saja buat lagu disebabkan kononnya lagu ‘low class’ kata mereka?
Pernah juga. Tapi teringat arwah Loloq pernah berpesan pada saya sebelum dia meninggal dunia.
Dia kata, walaupun orang hentam atau apa, jangan sesekali ubah konsep karya saya. “Kau adalah Eddie Hamid,” kata dia. Kalau saya ubah, jadi macam M Nasir, Ajai, jadi tak adalah trademark saya.Buat apa tukar? Dia yakin saya boleh berjaya dengan konsep ini. Jadi saya pegang kata-kata dia. Buktinya sekarang, tak kisah, daripada budak kecil sampai orang tua, ramai yang suka dengar lagu-lagu saya. Mereka pun ada yang ikutinya di Tiktok. Setengah radio pun ada yang kononnya tak nak main lagu saya sebab meleweh sangat, tapi terpaksa mainkan juga sebab di Tiktok popular.

Rasanya, Eddie sendiri pun sudah terbiasa dihentam dan diperlekehkan. Bagaimana Eddie cuba berdepan dengan perkara sebegitu?
Daripada saya masuk industri dan lagu dimainkan di radio, saya dikatakan menganggu perjalanan lagu-lagu di Malaysia. Lagu jiwang katanya. Sebenarnya, orang kita ini ego. Dia ada saja dengar lagu-lagu jiwang, pasang dan dengar. Tapi tak mengaku.
Tengok cerita pun jiwang-jiwang, tapi masih nak menafikan. Orang kita ini satu benda saja saja saya nak tanya, kenapa boleh menangis bila tonton cerita Hindustan? Fahamkah? Itu sebab mereka suka dengan lagu dan muzik mereka, sampai keluar air mata menangis. Orang kita ini suka dibuai, didodoi macam anak. Macam lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali. Sebab itulah saya suka lagu malar segar, sampai bila-bila orang boleh dengar. Bukan jenis lagu macam sekarang ini yang dua tiga bulan buat, lepas itu orang dah lupa.

Kalau dikatakan sekarang ini Eddie Hamid antara komposer yang dah kaya raya kutip hasil dan untung buat lagu, apa komen Eddie?
Daripada tahun 1996, saya buat lagu dan ada Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP), Alhamdulillah. Ada yang kata saya ini jutawan. Saya Aminkan saja. Saya buat lagu pun rileks saja. Tak main hentam saja, masih jaga kualiti. Sebelum buat sesebuah lagu, saya mesti teliti dan kaji dulu artis itu dan suaranya. Kalau lagu itu tak kena dengan dia, memang saya akan suruh dia cari orang lain saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya