Ameera Khan dikecam gara-gara rakam babak filem - Utusan Malaysia

Ameera Khan dikecam gara-gara rakam babak filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh dan adik kepada pengacara Neelofa, Ameera Khan menerima kecaman warganet gara-gara memuat naik beberapa klik rakaman filem House Of Gucci dalam panggung wayang, di Instastory miliknya.

Menerusi tangkap layar seorang pengguna Twitter, dia mempersoalkan masih ada lagi segelintir pihak yang dilihat merakam babak di pawagam dan memuat naik di media sosial mereka.

“Hi GSC Cinemas, kenapa perkara ini dibenarkan dalam panggung wayang? Dan kenapa masih ada lagi individu yang melakukan hal sedemikian dalam tahun 2022?” ciap seorang pengguna.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap tindakan pempengaruh tersebut.

“Apa perangai budak tak matang, tengok wayang pun sibuk nak kemas kini dalam media sosial. Tak ‘enjoy’ gila hidup kau,” komen seorang netizen.

“Apalah yang boleh kita jangka daripada LMK (nama twitter Ameera) ini, dia sesungguhnya terlalu jarang berperilaku bijaksana,” komen juga seorang warganet.

“Saya ingat di Korea Selatan, seorang selebriti disaman selepas merakam sebuah babak dan kongsikan babak berkenaan di media sosial. Lakukan hal yang sama,” ciap lagi seorang netizen menerusi komen.

Ciapan berkenaan turut menerima respon daripada pihak GSC menerusi akaun rasmi Twitter GSC Cinemas.

“Merakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan telah menghubungi serta melaporkan insiden ini kepada pemilik hak untuk tindakan lanjut.

“Terima kasih kerana menyorot tentang perkara ini. United International Pictures kini sedia maklum perkara ini untuk tindakan lanjut. Terima kasih,” balas GSC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN