PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan isterinya tercintanya yang juga pelakon, Wawa Zainal mengadakan majlis akikah selepas hampir dua minggu menimang cahaya mata keempat.
Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Patahnya Sebelah Sayap itu memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan keluarga kecilnya semasa di majlis tersebut.
Sehubungan itu, anakandanya yang baru sahaja melihat dunia itu telah diberi nama Jibril Ibtisam hasil persetujuan mereka berdua.
“Selamat lahir ke dunia Jibril Ibtisam,” coretnya ringkas.
Selain Aeril, isterinya juga turut memuat naik gambar mereka sekeluarga yang dilihat mengenakan persalinan sedondon putih.
Rata-rata warganet menitipkan pujian buat keluarga kecil itu selain mendoakan agar cahaya mata keempat mereka sentiasa dilindungi dan menjadi anak yang soleh.
“Assalamualaikum Jibril, semoga menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati orang tua mu,” komen seorang warganet,
“Comelnya, mudah-mudahan sahaja menjadi anak yang soleh taat kepada kedua ibu bapa serta perintah Allah,” komen lagi seorang warganet.
“MasyaAllah, semoga boss sekeluarga sentiasa bahagia hingga ke syurga. Cantiknya nama,” tulis juga seorang netizen.
Sebagai informasi, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Haylar Maghfiratul Adzkiyaa, serta Ayya Soffya.