Telus dalam berniaga itu adab - Normala Samsuddin - Utusan Malaysia

Telus dalam berniaga itu adab – Normala Samsuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas penyampai berita dan personaliti televisyen terkenal negara, Puan Seri Normala Samsuddin, 57, menegur sikap segelintir peniaga untuk mengutamakan ketelusan dalam perniagaan kerana ia adalah sebahagian daripada adab.

Menurut Normala, golongan peniaga seharusnya menyatakan tanda harga dengan spesifik kepada pelanggan bagi membolehkan mereka membuat pilihan dan keputusan sama ada mahu meneruskan pembelian atau tidak.

“Telus dalam berniaga itu adab.  Beritahu sekilo berapa harganya. Sudah masak, berapa pula harganya. Kalau mereka (pelanggan) tidak setuju, harga mahal sangat, terpulang kepada pelanggan.

“Kita sebagai pelanggan, kadang-kadang bila sedang lapar, lupa nak tanya berapa harga seekor ikan. Sebab, biar cepat masak, sebab malu nak tanya nanti orang kata kedekut pun ya,”katanya.

Normala berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram semalam dipercayai bagi mengulas berhubung tularnya isu beberapa netizen dan pelanggan yang menjadi mangsa di kedai makan.

Ia juga melibatkan isu harga ikan siakap yang didapati terlalu mahal dijual di kedai makan yang juga menjadi tular di media sosial beberapa hari ini.

Bagaimanapun, kata Normala, sikap malu bertanya juga akan membuatkan seseorang itu terjerat dengan isu-isu seperti ini yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri.

“Sebab tak bertanya itulah kita terjerat. Saya pernah terkena macam ini. Nak jaga air muka sendiri dan juga tuan kedai. Rasa serik juga. Tapi bertabah dan fikir baik-baik saja.

“Sekarang ini, harga barang memang naik melambung. Kita harap ada pihak yang menyiasat dan perbetulkan. Bukan sahaja di Langkawi, tapi semua di tempat-tempat pelancongan.

“Tiba-tiba saya teringat siakap bakar Muis di Perlis. Seekor hanya RM25, kuah asam dan kuah karinya, memang sedap,”katanya.

Perkongsian Normala itu kemudiannya mengundang pelbagai pandangan dan respons daripada peminat dan pengikutnya di media sosial.

Malah, perkongsian itu turut menarik perhatian aktres dan penyanyi, Diana Danielle untuk meninggalkan komen menerusi hantaran tersebut.

“Saya pun ada perangai malu nak tanya. Lepas itu, alamak harga! Tapi kita pun kenalah buang rasa malu sebelum sendiri tersipu-sipu,”akuinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya