Sugarbomb jalin kerjasama dengan Digi - Utusan Malaysia

Sugarbomb jalin kerjasama dengan Digi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyedari akan peningkatan penggunaan data internet yang menjadi keperluan ramai untuk mengakses banyak perkara ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, jenama pewangi terkenal SugarBomb telah menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd.

Kolaborasi itu mencetuskan penganjuran Pertandingan SugarBomb x Digi Scan & Win (Imbas & Menang).

Kerjasama ulung ini menawarkan hadiah lumayan mencecah hampir RM200,000 berupa minyak wangi, data internet percuma serta panggilan tanpa had.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb, Ahmad Azhari Rosli, kolaborasi itu tercetus daripada slogan Jom Berinspirasi yang diperkenalkan jenama telekomunikasi berkenaan.

“Seiring dengan slogan tersebut, kerjasama antara Sugarbomb dan Digi ini bersifat saling menginspirasi dengan kepakaran masing-masing.

“Lalu kami lancarkan dua edisi minyak wangi 30 ml yang dipanggil Freedom dan Inspire sejak 18 November lalu untuk menjamin agar anda kekal harum sepanjang hari. Malah, peraduan Scan & Win (imbas dan menang) ini dijadualkan berakhir pada 31 Disember.

“15 peserta daripada jumlah keseluruhan akan dipilih sebagai pemenang utama dan selebihnya akan menerima hadiah sagu hati. Senarai pemenang akan diumumkan pada 6 Januari 2022 di laman Facebook SugarBomb,”katanya.

Selain itu, kata Azhari, 15 pemenang utama akan menerima Pek Digi Prabayar NEXT 35 yang akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi percuma selama tiga bulan (35GB sebulan) termasuk panggilan tanpa had beserta baucar belian Shopee bernilai RM100 setiap seorang.

Malah, menurutnya, semua pelanggan Digi Prabayar NEXT juga boleh menebus minyak wangi SugarBomb secara percuma bermula 12 Disember ini.

“Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk penyertaan atau maklumat lanjut layari pautan https://bit.ly/30Tv4uq,” katanya.

Azhari juga berharap kerjasama terjalin boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita semua sedia maklum dengan situasi norma baharu ini, data internet menjadi keperluan utama dan amat penting kepada semua. Setiap peringkat usia, pendek kata memerlukan data internet untuk pelbagai tujuan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya