Raffi Ahmad timang cahaya mata kedua - Utusan Malaysia

Raffi Ahmad timang cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengacara, Raffi Ahmad, 34, dan isteri Nagita Slavina, 33, selamat menimang cahaya mata kedua pagi semalam.

Lapor portal Liputan6, berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah video berdurasi pendek yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) videoladygigi, baru-baru ini.

Nagita selamat melahirkan bayi lelaki tersebut menerusi pembedahan yang dilakukan di Hospital Bunda, Menteng dekat sini.

“Itu, dengar sahaja suaranya,” kata Nagita.

Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah dan masih belum menamakan bayi tersebut.

Dalam pada itu, Raffi menerusi akaun IG rasminya menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu.

“Alhamdulillah, lahir dengan sihat dan selamat pagi tadi.

“Tambah lagi hero ayah di Andara. Mohon doa juga untuk Nagita dan bayi.

“Adik bayi ‘R’ siapa namanya?” Tulisnya.

Untuk rekod, Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada Oktober 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya