Mudahnya menjadi penyanyi… - Utusan Malaysia

Mudahnya menjadi penyanyi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN seorang dua, tetapi ramai sebenarnya usahawan produk tempatan yang mencuba nasib untuk menjadi penyanyi. Bukan usahawan sahaja, ramai juga pempengaruh yang begitu yakin mengeluarkan single.

Namun ada satu persamaan tentang segelintir mereka. Tidak boleh menyanyi, asal kaya, bolehlah beli lagu adalah antara kecaman yang diterima oleh mereka. Sehingga ada yang cakap, dunia seni muzik ini mudah untuk dijual beli.

Itu orang yang cakap. Jadi Pancaindera mingggu ini menghimpunkan pandangan mereka yang pernah berdepan kontroversi itu dan komposer lagu. Benarkah ada duit, ada lagu? Benarkah segalanya boleh dibeli dengan wang ringgit?

Jangan kecam, tapi sokong – Asfan

Bagi penyanyi dan komposer, Asfan Shah, peminat tidak seharusnya terus menghukum sebaliknya menyokong mana-mana penyanyi yang mahu mencuba nasib memeriahkan industri seni suara.

Tidak menolak istilah ada duit, ada lagu itu logik, jelas Asfan, jika kita sentiasa mencari salah dan mengecam penyanyi baharu, industri tidak akan berkembang dan hanya menagih bakat pemain sedia ada.

“Sebenarnya logik juga, nak buat lagu kena ada duit. Tak salah pun. Tetapi sebagai penyanyi, kita kena tahu kelebihan dan kekurangan. Kalau rasa suara biasa-biasa, carilah lagu yang bukan power ballad.

“Berbincang dengan komposer. Sekarang muzik pun ada pelbagai teknologi yang boleh membantu seseorang menghasilkan suara yang sedap. Tetapi itu semua memerlukan duit. Jadi ada duit, boleh buat.

“Saya tidak menghukum sesiapa untuk jadi penyanyi. Kalau niat untuk memeriahkan industri, menyempurnakan impian, apa salahnya. Janganlah kita asyik hendak kecam sahaja,” katanya.

Tambah Asfan, kehadiran penyanyi dalam kalangan usahawan produk popular pun tidak merosakkan industri sebaliknya menambah warna sedia ada dalam kanvas seni.

“Tak rosakkan industrilah. Masing-masing ada pendapat sendiri. Telinga masing-masing, Ada yang dengar sedap, ada kata tak sedap. Terpulang kepada diri sendirilah,” katanya.

Kena jaga kualiti lagu – Najwa Latiff

Merupakan antara komposer, penulis lagu dan penyanyi muda dalam industri, Najwa Latiff, apabila diajukan mengenai hal ini juga menyedari bahawa pada ketika ini, begitu ramai orang boleh bergelar penyanyi dengan mudah.

Tetapi, dalam keadaan itu, dia sebagai orang seni juga menganggap pentingnya untuk menumpukan perhatian kepada aspek kualiti pada penghasilan sesebuah lagu.

“Memang mudah sekarang orang nak jadi penyanyi. Tetapi, benda yang paling penting untuk jadi figura awam itu adalah bagaimana untuk memastikan diri terus kekal relevan dalam industri.

“Untuk tujuan itu, ia memerlukan satu usaha dan karya yang elok. Itu bagi sayalah. Jujurnya, kalau nak cakap pasal adakah situasi sebegini boleh menjejaskan kualiti dalam industri atau tidak, bukan saya untuk bercakap berlebih-lebihan.

“Sebab, bagi saya, ia juga bergantung kepada pendengar sebab mereka yang memilih,”katanya.

Dalam pada itu, Najwa juga melihat bahawa faktor kualiti itu sendiri mengalami evolusi mengikut masa dan mengikuti pendengar.

“Contohnya, dulu orang suka dengar muzik rock, kemudian pop, lepas itu tradisional, semua itu ikut peredaran masa.

“Jadi kita pun tak boleh cakap pasal kualiti semata-mata sebab ia bersifat subjektif. Cuma, bagi saya, aspek ini perlu dijaga dalam kita membenarkan sesiapa sahaja menjadi artis atau penyanyi.

“Bukan asal buat lagu, keluarkan. Kalau mula-mula keluar tapi kualiti tidak seberapa, orang mungkin akan faham sebab kita baru belajar. Benda begini ambil masa. Tapi kena juga usahakan bab ini sebab kita nak sajikan karya itu kepada pendengar,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya