“Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain” -Jasmin selamat diijab kabul bersama pilihan hati - Utusan Malaysia

“Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain” -Jasmin selamat diijab kabul bersama pilihan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Jasmin Hamid selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nazmir Abd. Rahman, pada petang semalam.

Perkhabaran gembira tersebut, dikongsikan sendiri pelakon drama Cukup Derita Itu selepas memuat naik beberapa hantaran gambar di Instagram miliknya.

Menurut Jasmin, dia berasa amat bersyukur dengan segala perancangan yang disusun Allah buatnya, sekali gus menitipkan harapan agar perkahwinan kali ini mendekatkan lagi mereka tersebut dengan Maha Esa.

“Salam Jumaat, syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Sebagai seorang hambaNya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut serta rezeki adalah rahsia Allah.

“Semoga dengan pernikahan ini adalah satu jalan untuk kami lebih mendekatkan diri kepada Allah.

“Ia juga adalah berkat doa ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara serta sahabat handai yang menyokong saya, di mana kalian sentiasa mendoakan yang baik-baik buat saya,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon itu turut berharap agar tiada pihak berkecil hati memandangkan dia hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

“Saya hanya buat yang afdal sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati.

“Tiada majlis pun, hanya kenduri doa selamat dengan ahli kelurga encik suami sahaja,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah selain memanjatkan doa semoga perkahwinannya akan berkekalan hingga ke Jannah.

Sekadar informasi, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun dikatakan berpisah pada Februari 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN