KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Namron mencuri tumpuan netizen ketika tampil sebagai muse di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2021, Ahad lalu.
Menerusi perkongsian gambar dan rakaman video ketika memperagakan pakaian jenama milik pengacara dan pelakon Karl Shafek, Neonate di akaun Instagram milik Namron, dia berkongsi pengalaman manis.
“Alhamdulillah tidak tergolek atas pentas walaupun hampir-hampir juga. Terima kasih Karl Shafek dan Neonate kerana menjemput,” kongsinya ringkas.
Dalam perkongsian hantaran gambar berbeza, Namron yang mesra disapa Tok Ayah turut berkongsi bergambar bersama penyanyi terkenal, Yonnyboii.
“Jangan tidak percaya saya peminat Yonnyboii,” ungkapnya.
Menjengah di ruangan komen, bukan sahaja dihujani pujian peminat dan pengikutnya, tetapi Tok Ayah turut disirami komen daripada rakan-rakan industri.
“Wah tanda aras lain ni,” komen pelakon Pekin Ibrahim dan Nadiya Nisaa.
“Dasyatlah dia, hebat,” komen Catriona Brian Ross dan Vanidah Imran.