“Alhamdulilah, cucu lelaki” - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

“Alhamdulilah, cucu lelaki” – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor, berkongsi kegembiraannya menimang seorang cucu lelaki.

Perkongsian itu dibuat oleh Rosyam menerusi satu hantaran di Instagram hari ini menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di akaunnya.

“Alhamdullillah, lama sangat tunggu, 32 tahun! Terima kasih Ya Allah kerana kurniaanMu ini.

“Hasil perkahwinanku, dikurniakan lima orang anak perempuan. Alhamdulillah. Hasil perkahwinan anak sulung, dikurniakan tiga cucu perempuan, Alhamdulillah.

“Proses panjang selama 32 tahun tunggu sang hero. Alhamdulillah, semalam anak saya, Nur Anis, selamat melahirkan. Alhamdulillah, cucu lelaki. Yeay! Apa nama nak letak ni?”katanya.

Rosyam berkata demikian menerusi kapsyen pada gambar yang dimuat naik di platform media sosial itu sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, dirinya turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan pengikut yang mendoakan kegembiraan dan kesejahteraannya.

Selain itu, rakan-rakan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah Rosyam.

Antaranya termasuk, Nina Juren, Sharnaaz Ahmad,Ummi Nazeera, Didie Alias, Pu Haris Ismail, Haiza dan Ropie.

Untuk rekod, Rosyam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Runika Mohd Yusoff pada tahun 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya