“Yakin saya sihat cuma terkejut dan penat” -Iqbal tepis dakwaan Vida - Utusan Malaysia

“Yakin saya sihat cuma terkejut dan penat” -Iqbal tepis dakwaan Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil menyangkal segala dakwaan bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan kontroversi isu sihir yang telah mencuri perhatian warganet, pada waktu ini.

Menerusi hantaran Vida di Instagram, Iqbal telah meninggalkan komen tanda menafikan dakwaan usahawan tersebut yang dikatakan ‘sakit’ akibat terkena ilmu hitam berkenaan.

Jelas Iqbal, dia yakin dirinya berada dalam keadaan sihat cuma dirinya berasa terkejut dan penat pada ketika itu sekali gus menegaskan agar usahawan tersebut tidak menambah lagi masalah kerana banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

“Yakin saya sihat cuma terkejut dan penat. Janganlah menambahkan lagi, saya mahu fokus kerja banyak tertunggak. Sampai bila hendak bermain kenyataan.

“Nanti orang mengecam saya lagi semua perkara nak kemas kini di media sosial. Soalnya, jika tidak menjelaskan yang betul, orang akan salah faham lagi,” jelasnya.

Susulan hantaran tersebut, penyanyi lagu popular I Am Me itu mendakwa Iqbal telah terkena buatan sihir sekali gus memohon doa warganet agar pemuda itu kembali seperti sedia kala.

“Penjelasan penuh, Iqbal ‘sakit’ tolong doakan dia kembali normal. Tidak disihir lagi. Kesian dia. Saya, kacak serta pekerja sampai ke rumahnya pada jam 2 pagi kerana tahu waktu Iqbal. Kami bersembang hampir tiga jam walaupun dia memang tidak melihat muka saya sangat.

“Saya memang tidak mahu merakam apa pun, Iqbal nak rakam. Saya nak betul-betul privasi. Namun sudah dia memuat naik di Instastory. Saya pun ada merakam yang banyak bercanggah dengan apa yang dia tulis.

“Sebab itu saya kata dia ‘sakit’ dan perlu dirawat secara ruqyah atau ustaz yang boleh mengubati sihir ini,” jelas Vida di Instagram.

Kemudian, dia turut menjelaskan kedatangannya ke kediaman bekas pembantu peribadinya pada pagi Sabtu lepas kerana ke ibu kota mempunyai urusan penting sekali gus mengambil kesempatan untuk melawat pemuda itu.

“Saya merentas negeri ke Kuala Lumpur untuk beberapa urusan penting. Dalam pada itu, saya mengambil kesempatan ke rumah Iqbal. Setelah rasa memang perlu saya menyampaikan sendiri masalah dia, Iqbal tidak mahu percaya. Malah menafikan,” ujarnya di Instagram.

Sebelum ini, Iqbal menzahirkan rasa terkejut selepas kedatangan DSV ke kediamannya, pada jam tiga pagi, Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya