Tolong jangan rosakkan industri - Utusan Malaysia

Tolong jangan rosakkan industri

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP terkejut apabila ada dakwaan beberapa penggiat industri yang ditahan gara-gara dipercayai positif dadah. Dalam pada kita berhempas pulas berhadapan pandemik, tetap ada yang berperangai begitu.

Soal bersalah atau tidak, itu Poklip tak mahu sentuh. KIta serahkan kepada pihak berkuasa. Mereka lebih arif. Sementara kita pula, jangan buat ‘palatao’. Jangan sebar berita palsu.

Kita tak perlu berperangai ‘Mami Jarum’ semata-mata mahu jadi yang pertama sebar berita. Kononnya kita tahu segala. Segala jiran mak bapa dia kita kenal. Melampau tau jalan ceritanya.

Cuma Poklip mahu berpesan, di kala industri seni kita sedang terumbang ambing dek pendemik yang belum ada sinar penamatnya, jangan kita menjadi lumpur yang memalit kotoran.

Bekerjalah dengan ikhlas dan jangan mencemarkan industri kita. Ini termasuk juga kepada golongan anti-vaksin yang tetap melawan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Banyak kali Poklip cakap, vaksin adalah pilihan. Tetapi jangan mempertikaikan apa-apa tindakan yang diambil. Masih ada golongan yang sanggup menipu sijil vaksinasi mereka.

Sanggup tukar nama, tipu sana sini. Kenapa sampai begitu sekali? Nanti yang menanggung akibatnya adalah rakan industri lain. Cukuplah rezeki mereka ‘tergantung’ beberapa bulan dahulu. Kasihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya