‘Tidak perlulah kita bercakap belakang’ - Siti Saerah - Utusan Malaysia

‘Tidak perlulah kita bercakap belakang’ – Siti Saerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Siti Saerah menitipkan pesanan kepada orang ramai agar membuang sikap ‘cakap belakang’ dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Siti Saerah berkata, sikap negatif tersebut harus dikikis dan digantikan dengan rasa ingin berjaya secara bersama-sama.

“Ada masa kita usaha bersungguh-sungguh tapi rezeki setakat itu sahaja. Tapi bersyukur sebab Allah sudah tulis rezeki kita.

“Jadi, apabila kita mencari rezeki yang sama tidak perlulah kita bercakap belakang. Sepatutnya sama-sama berusaha untuk berjaya.

“Hidup kita pun bukan lama lagi jadi hiduplah dengan cara yang sihat, bersaing cara yang sihat. Percaya rezeki Allah sudah tulis untuk diri kita semua,” tulisnya di Instastory.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hanya Restu ini berharap agar tidak ada pihak yang beranggapan dirinya menumpang kesenangan kakaknya yang juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

Katanya, pendapatan yang dimiliki adalah atas usaha sendiri demi kelangsungan hidupnya dan keluarga.

“Itulah kan, kadang orang tengok Erah ini adik siapa, ingat perjalanan hidup Erah ini senang macam orang lain.

“Padahal macam-macam usaha untuk teruskan hidup, untuk anak-anak, tiada tumpang sesiapa pun,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.