Tak boleh memandu bukan sebab malas atau manja - Sharifah Sakinah - Utusan Malaysia

Tak boleh memandu bukan sebab malas atau manja – Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Sharifah Sakinah, 33, menepis tanggapan segelintir pihak mengenai keputusannya untuk tidak lagi memandu kenderaan walaupun pernah mempunyai lesen memandu yang sah.

Pernah mengaku bahawa dirinya menghidap penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD sebelum ini, Sakinah memaklumkan bahawa disebabkan masalah tersebut maka dia membuat keputusan untuk tidak lagi memandu kereta.

“Ramai yang tidak faham apabila saya memutuskan untuk tidak lagi memandu. Saya sebenarnya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah. Malah, saya sudah memandu selama enam tahun. Tapi orang hanya melabel saya ini sebagai malas atau manja.

“Sebenarnya, semasa memandu, saya kerap hilang fokus. Berangan, cuai dan makin tua semakin paranoid. Anxiety pun ada. Naik grab atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa,”katanya.

Sakinah berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram, semalam yang turut memaparkan sekeping foto bagaimana risiko bagi seseorang yang menghidapi ADHD sekiranya memandu kenderaan.

Selain itu, kata pelakon yang popular dengan drama Girlfriend Dari Neraka ini, adakala dia juga tidak begitu selesa jika tidak memandu namun terpaksa akur demi keutamaan keselamatan.

“Adakala, duduk sebagai penumpang pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab.Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana , tapi tak apalah, ada hikmahnya. Ada rezeki lain,”katanya.

Untuk rekod, Sakinah pernah memaklumkan bahawa dia menyedari penyakit ADHD selepas menamatkan zaman persekolahan.

Katanya, antara simptom yang dialami ialah dia mempunyai masalah untuk fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.